Portal berita terbaik anda

Viral

Wanita tabah bawa anak kecil ke majlis perkahwinan bekas suami

Benarlah orang kata, bercerai tidaklah bermaksud perlu bermusuhan. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan memandang ke depan dan meneruskan kehidupan yang baharu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok bernama Ieda Zulkifli telah menarik perhatian netizen apabila menghadiri majlis perkahwinan bekas suami bersama anaknya yang masih kecil.

@puteribunga89selamat pengantin baru awk… ##semogabahagia. ##bahagiabukanmilikku♬ bunyi asal – Ieda Zulkifli

Ieda juga sempat bergambar bersama bekas suaminya sebagai tanda kenang-kenangan.

Apa yang meruntun hati apabila wanita ini hanya mampu melihat dari jauh bekas suami dan isteri barunya yang sedang makan beradab.

Menerusi kapysen yang ditulis pada video, Ieda berdoa agar bekas suaminya itu diberi kebahagiaan yang berpanjangan selain berharap agar insan itu mampu menjaga isteri barunya dengan sebaik mungkin.

Bercerita dengan lebih lanjut, Ieda menjelaskan bahawa dia dan bekas suami telah bercerai sebaik sahaja melahirkan anak kedua.

Walaupun jodohnya tidak panjang, Ieda redha dengan takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya.

Tambahnya, dia langsung tidak menganggap bekas suaminya itu sebagai musuh sebaliknya mengharapkan kebahagiaan buat insan tersebut.

Sementara itu, netizen mendoakan agar Ieda sentiasa tabah dan kuat mengharungi ujian hidup.

Mereka turut berharap agar dia juga mendapat kebahagiaan yang diimpikan suatu hari nanti.

Loading...

Leave a Reply