Portal berita terbaik anda

Utama

Wanita ramai di IPT, tapi kurang di alam pekerjaan

KUALA LUMPUR: Jumlah wanita yang menceburi dunia pekerjaan tidak seimbang dengan jumlah mahasiswa wanita di institut pengajian tinggi (IPT).

Kajian Peralihan Persekolahan Ke Pasaran Pekerjaan (SWTS) oleh Khazanah Research Institute (KRI) menunjukkan, kemasukkan wanita ke IPT adalah 15 peratus lebih tinggi berbanding lelaki.

Ini bermakna, 70 peratus dari kumpulan yang bakal memasuki pekerjaan adalah wanita.

Bagaimanapun, realiti di tempat kerja berbeza apabila penyertaan tenaga kerja wanita lebih rendah berbanding lelaki.

“Meskipun wanita melebihi jumlah lelaki dan prestasi mereka lebih baik berbanding lelaki dalam bidang pendidikan, namun mereka ‘tewas’ dalam peralihan sekolah ke pasaran pekerjaan.

“Penyertaan mereka dalam tenaga kerja kurang dan tahap pengangguran mereka lebih tinggi berbanding lelaki,” kata kajian tersebut.

Polisi aktif pasaran pekerjaan berkenaan gender (ALMPS) mendapati, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah (GEMS) sepatutnya menilai semula tawaran program yang disediakan.

Ia termasuk impak, kelestarian, faedah, kos relatif serta alternatif yang boleh dipertimbangkan yang mungkin lebih inklusif, efektif dan mempelbagaikan jumlah yang lebih besar.

Banyak negara kini menggunakan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan tahap liputan ALMPS bagi memastikan kumpulan sasar tidak ketinggalan.

Loading...

Leave a Reply