Portal berita terbaik anda

Utama

Wanita parah, paha tertusuk pisau pemotong sayur

WANITA cedera paha kiri selepas pisau dipegangnya jatuh sebelum tertusuk pahanya dalam kejadian di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku jam 12 tengah hari ketika mangsa berusia 22 tahun berada di dalam sebuah kereta.

Menurut sumber, mangsa dikatakan mengambil pisau pemotong sayur yang ada di tempat duduk kereta namun dikatakan senjata itu terlepas dari tangannya sebelum tertusuk paha kirinya.

“Beberapa minit kemudian, rakan lelaki mangsa datang dan dia yang terkejut melihat keadaan mangsa membawa wanita terbabit ke sebuah klinik di Jalan Tok Lam di sini untuk rawatan.

“Bagaimanapun, doktor terbabit meminta mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana pendarahan yang banyak.

“Mangsa dibawa ke HSNZ menggunakan ambulans dan menerima dua jahitan di pahanya sebelum dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, tiada unsur jenayah dalam kejadian itu dan apa yang berlaku adalah kemalangan yang berpunca daripada kecuaian mangsa.

Sebelum itu, gambar mangsa yang terbaring di hadapan sebuah klinik di Jalan Tok Lam tular di Facebook.

Loading...

Leave a Reply