Wanita NZ pakai tudung hari ini tanda sokongan buat Muslim

KUALA LUMPUR – Sebagai tanda penghormatan kepada mangsa serangan tembakan rambang di masjid Christchurch Jumaat lalu, sebahagian besar wanita New Zealand mengenakan tudung atau hijab hari ini.

Kempen berkenaan digerakkan menerusi hashtag #headscarfforharmony atas inisiatif seorang doktor di sebuah hospital di New Zealand iaitu Thaya Ashman.

Sebagai satu tanda sokongan kepada umat Islam, sebuah gerakan persendirian, ‘Scarves in Solidarity’ juga memulakan kempen memakai tudung hari ini.

Pelajar dari Victoria University of Wellington Students’ turut menyokong kempen tersebut dan berkongsi gambar memakai tudung di dalam Instragram mereka.

“As salam alaykum! Hari ini adalah Hari Hijab Nasional @ vikmuslimclub mengajak setiap wanita mengenakan hijab sebagai tanda solidariti untuk komuniti muslim.

“Mereka yang mempunyai tudung, gembira untuk menunjukkan kepada anda cara memakainya,” tulisnya. – UTUSAN ONLINE

You might like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *