Portal berita terbaik anda

Viral

Wanita kongsi detik cemas suami sesak nafas tiba-tiba kerana vape

Kematian pelakon Ashraf Sinclair mengundang kerisauan seorang wanita apabila suaminya menunjukkan tanda-tanda diserang penyakit jantung ketika dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuantan, Pahang.

Menerusi laman Facebook, Adila Bello berkongsi kisah mengenai suaminya Badri Rozlan yang mengalami kesakitan seperti dicucuk-cucuk pada bahagian dada kiri.

Ketika tiba di Genting Sempah, keadaan menjadi semakin cemas apabila suaminya mengalami muntah, sesak nafas dan kebas tangan kiri sebelum Adila mengambil keputusan untuk ke hopsital terdekat iaitu di Setapak.

Mengadu sakit dada, muka dah pucat dan berpeluh

Muntah keluar angin, jantung makin kencang

Bergegas pergi hospital

Suami kena radang paru-paru. Punca? Rokok dan vape…

Dah okey sikit, kena berjaga-jaga

Nampaknya kisah ini boleh dijadikan pengajaran buat mereka yang menghisap rokok dan vape! Dah boleh ‘slow-slow’ berhenti dan ubah gaya hidup sihat. Sayangilah nyawa sementara masih ada.

Loading...

Leave a Reply