Portal berita terbaik anda

Utama

Wanita kelar lengan sendiri untuk tarik perhatian suami

HANYA kerana mahu mendapatkan perhatian daripada suaminya, seorang wanita sanggup mengelarkan lengan tangannya sendiri ketika berada di Jalan Sultan, Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, wanita berusia 34 tahun terbabit bertindak mengelar tangan kirinya sebanyak dua kali menyebabkan berlaku pendarahan agak teruk.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, ketika kejadian, suami kepada wanita terbabit dikatakan sedang berniaga aksesori telefon pintar di lokasi.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan jam 10.56 malam sebelum lima anggota APM Kuala Lumpur bergegas ke lokasi untuk memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Wanita itu mengalami dua luka terhiris pada tangan kirinya. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima, wanita itu mengelar tangannya sendiri kerana suaminya yang berusia 47 tahun tidak memberikan perhatian kepadanya kerana sibuk melayan pelanggan ketika berniaga.

Loading...

Leave a Reply