Portal berita terbaik anda

Viral

‘Dah larang tapi dia degil’ – Wanita akhirnya keguguran selepas paksa diri berpuasa

Tidak dinafikan, bulan Ramadan antara bulan yang paling ditunggu umat Islam untuk mengerjakan ibadah puasa.

Namun, bagi ibu mengandung tidak digalakkan untuk berpuasa. Kebanyakan ulama juga berpendapat ibu mengandung diberi kelonggaran agar tidak menjejaskan kesihatan dalam kandungannya.

Oleh itu, jangan sampai mensia-siakan kemudahan yang Allah berikan seperti kisah yang dikongsikan ini. Gara-gara memaksa diri berpuasa, anak dalam kandungan meninggal di dalam perut.

Ikuti perkongsian Siti Halijah di bawah:

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Roji’un, 2 orang kenalan Tan Sri keguguran anak sebab paksa diri berpuasa penuh. Dua-dua elok je katanya berpuasa tak rasa lapar pun cuma letih je.

Seorang gugur 3 bulan, seorang lagi gugur 37 weeks. Baby mengecut dan meninggal dalam perut. Penjelasan doktor Tan Sri tak taw, tapi kawan ni kata sebab berpuasa. Sebelum Ramadhan dah pulun ganti puasa, lepas tu disambung pulak dengan puasa Ramadan.

Ya, puasa tak bersalah, yang bersalah manusia sebab tak amek rukhsah yang Allah dah anugerahkan. Ada hikmah bila Allah dah bagi keringanan sesuatu perkara. Gais, perhatikan badan dan kandungan korang masing-masing.

Kalau rasa lapar ke atau letih ke atau tak sedap badan ke atau rasa tak kena, better amek jalan selamat berbuka dulu. Kita mungkin tak rasa apa-apa tapi doktor kata baby distressed. Wallahualam. Sedih sebab semua persiapan baby dah beli. Ujian untuk dia. Moga Allah ganti lebih baik lepas ini.

Loading...

Leave a Reply