Wanita jumpa tuala wanita dalam hidangan stimbot

0
392

Seorang wanita menjumpai tuala wanita dalam makanan yang dipesan di salah sebuah restoren di Shenzhen, China.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menikmati makanan tersebut sebelum menjumpai sesuatu yang pelik yang disangka daging dalam makanan dipesan.

“Mula-mula saya ingatkan daging. Tapi saya sedar ada sesuatu yang lain. Saya yakin ia adalah tuala wanita walau tak dapat dilihat dengan jelas,” katanya.

Kejadian ini telah dilaporkan kepada pengurus restoran tersebut, namun mereka berkata, ia sebenarnya adalah kertas pembalut.

Namun wanita itu menegaskan ia bukan kertas pembalut dan benda yang dijumpai itu tidak sama sekali dengan apa dijumpai dalam mangkuk tersebut.

Menerusi laporan Nextshark, wanita itu kemudian meminta pampasan sebanyak 1 juta yuan bersamaan dengan RM600,000 sebagai ganti rugi atas apa yang terjadi.

Restoran itu akhirnya bersetuju membayar pampasan tersebut sebanyak RM400,000 bagi menyelesaikan pertelingkahan antara pihak restoran dan pelanggan.

Namun, apa yang memeranjatkan apabila kejadian yang sama berulang lagi apabila Wanita tersebut sekali lagi menjumpai tuala wanita di dalam mangkuk rebusan di sebuah restoran rangkaian stimbot yang lain.

Daripada apa yang telah tular, rata-rata netizen menganggap bahawa wanita tersebut sengaja mencetuskan kontroversi itu hanya kerana ingin dapatkan wang pampasan. – Nextshark

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here