Wanita Islam Uighur dipaksa kahwin lelaki Cina

0
485

TAIWAN – Penindasan terhadap etnik Islam Uighur tidak pernah terhenti, malah saban hari ada sahaja tindakan China yang melampaui had kemanusiaan.

Terbaharu, kerajaan China dipercayai memaksa wanita Islam Uighur berkahwin dengan lelaki Cina tanpa kerelaan, menerusi video yang tersebar di laman media sosial.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan China yang begitu kejam, lebih-lebih lagi melihat wanita Uighur itu dalam kesedihan .

Difahamkan tindakan itu adalah sebahagian rangka untuk mengasimilasikan dan melemahkan etnik minoriti muslim di Xinjiang.

Pemuat video berkenaan berkata, kehidupan entik minoriti itu terlalu tertekan dalam segala aspek.

“Selepas penjarakan semua lelaki Uyghur dalam kem konsentrasi, China kini memaksa wanita Uyghur mengahwini lelaki Cina. Pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku secara terang-terangan.

“Apa yang dikesalkan, komuniti antarabangsa termasuk negara Islam yang lain hanya mengabaikan saja tangisan saudara muslim Uyghur”, tulisnya.

Sebelum ini dilaporkan, kerajaan China sentiasa menindas muslim Uighur di Xinjiang, antaranya tidak membenarkan setiap kakitangan, guru dan pelajar berpuasa dan menjalankan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan bulan suci ini.

Bahkan, muslim Uighur juga tidak dibenarkan untuk memakai tudung, membela janggut, memakai lambang bulan sabit dan bintang di pakaian atau pengangkutan awam.

Bukan itu sahaja, mereka juga menghadapai kesukaran untuk mendapatkan passport terutama ketika ingin menunaikan haji.

Lebih teruk apabila kerajaan China yang menentukan imam, bahan ceramah dalam aktiviti keagamaan, tempat untuk diadakan segala aktiviti keagamaan dan versi Al-Quran yang digunakan. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here