Portal berita terbaik anda

Viral

Wanita ‘cop’ parkir guna kon dikecam netizen

MASALAH ‘cop’ tempat letak kereta boleh dikatakan antara masalah utama yang sering berlaku dalam kalangan komuniti masyarakat di negara ini.

Walaupun Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah mengeluarkan kenyataan bahawa individu yang ‘cop’ tempat letak kereta boleh didenda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara, masih ada yang keras kepala dengan melakukan kesalahan tersebut.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Aafatsuki Aafat telah memuat naik sebuah rakaman video menujukkan seorang wanita meletakkan kon setelah mengeluarkan kenderaan miliknya dari ruang parkir.

Kon tersebut diletakkan bagi menghalang mana-mana kenderaan lain untuk diletakkan disitu seolah-olah parkir itu dikhaskan hanya untuknya.

Posting berkenaan menjadi tular dengan mendapat ratusan komen dan tanda suka yang rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati terhadap wanita berkenaan.

Kalau nak parking VIP, pindah kondo la!

Perangai betul duduk flat

Abah dia bayar parking setiap bulan kot

Campak je kon tu!

Ikut arahan suami ke?

Loading...

Leave a Reply