Wanita Cina enggan bayar di kaunter Melayu pakai tudung

0
91

KITA sering mendengar pelbagai cerita perkauman yang disebarkan di media sosial sehingga menimbulkan situasi membimbangkan serta menyemakkan fikiran.

Jarang kita terjumpa kisah yang menginsafkan dan memberi inspirasi kepada masyarakat berbilang bangsa dan kaum di negara ini.

Bagaimanapun kisah seorang “aunty” Cina yang enggan membayar barang di kaunter yang kosong, tetapi sanggup berbaris di kaunter lain kerana melihat gadis penjaga kaunter itu memakai tudung, tular di media sosial menyentuh perasaan netizen.

Ikuti kisah yang oleh Abd Halim Benloo Hj Omar di bawah:

Saja jalan Econsave hari ini, ada beli barang sedikit tapi bukan aku nak cerita pasal aku jalan-jalan di Econsave. Aku nak cerita pasal “aunty” ni sebenarnya.

Okay, masa beratur tadi aku ada terdengar aunty ni borak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar, kau orang tahu apa perbualan dia? Aku translate Melayu okay, dulu aku sekolah Cina sebab itulah aku faham perbualan mereka.

Suami: Hey nasib baik you beratur barisan ini

Aunty: Yalah, kita jangan buat orang susah.

Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar sahaja kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.

Suami: Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung.

Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.

Aku: Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir

Aunty: Yalah beli sekarang nanti tak susah ma

Aku: Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma?

Aunty: Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat Ini bir, tak elok ma, sini amoi India boleh angkat.

Aku: Okay I faham.

Lepas tu aku pun blah, dalam masa sama aku dok terfikir, Kenapa kat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ni padahal okey je.

Sorry Aunty, i curi gambar you senyap-senyap.

Terima kasih aunty kerana dah selamatkan gadis-gadis bertudung tu dari dilaknat oleh Allah.

10 golongan yang dilaknat kerana terlibat dengan arak

  1. Orang yang memerahnya (arak) iaitu pembuatnya

2. Orang yang meminta diperahkan (arak) iaitu pengedarnya.

3. Orang yang meminum arak

4. Orang yang membawa arak

5. Orang yang minta dihantarkan arak.

6. Orang yang menuangkan arak

7. Orang yang menjual arak

8. Orang yang membeli arak

9. Orang yang makan hasil jualan arak

10.Orang yang minta dibelikan arak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here