Wanita berang dikompaun RM1,000 ketika keluar sekejap ambil anak di kerusi kereta

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita, pihak polis mengambil tindakan tegas kepada mereka yang ingkar terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah memakai pelitup muka di tempat awam, mengamalkan penjarakan sosial dan mengimbas kod MySejahtera jika memasuki mana-mana premis.

Namun, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai KakTi, meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa telah disaman oleh pihak polis atas alasan tidak memakai pelitup muka sewaktu keluar sekejap dari kenderaan untuk mengambil anak di kerusi sebelah.

Kejadian tersebut diceritakan menerusi satu thread ringkas di Twitter miliknya.

Menurut wanita itu, dia keluar sekejap dari kenderaannya untuk mengambil anaknya yang berada di tempat duduk penumpang.

Namun, dengan tidak semena-mena dia telah dikompaun oleh seorang anggota polis atas alasan tidak memakai pelitup muka.

Wanita itu mempersoalkan tindakan pihak polis kerana menurutnya, dia tidak berada di tempat awam yang sesak dan hanya berseorangan pada ketika itu.

Malah, hanya cafe miliknya sahaja yang beroperasi manakala kedai-kedai berhampiran tutup kerana PKP.

Wanita itu meminta supaya pihak kerajaan tidak ‘berat sebelah’ dan wujud double standard sewaktu mengenakan kompaun kepada orang awam.

Loading...

Leave a Reply