Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Wanita ‘bedal’ lebih 10 cawan kopi sehari sampai patah tulang rusuk

Siapa yang suka sangat minum kopi, kalau boleh minum biarlah berpada-pada dan jangan sampai berlebihan bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan.

Itu yang berlaku kepada seorang wanita di daerah Wuhan, China, apabila dia mengalami kerapuhan tulang akibat tabiat minum kopi berlebihan.

Menurut laporan, wanita tersebut Han Xiao, 30 tahun, mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di hospital selepas dia diserang batuk sehingga menyebabkan sakit dada.

Namun, hasil pemeriksaan sangat mengejutkan apabila doktor mendapati punca sakit dada yang dialami oleh wanita itu adalah disebabkan tulang rusuk ketiga, keempat dan kelima patah kerana batuk.

Gambar imbasan pada bahagian dada Han Xiao

Puncanya sangat mengejutkan dimana wanita itu mengatakan dia sering minum kopi lebih dari 10 cawan sehari semalam lebih tujuh tahun.

Menurut doktor yang merawatnya, kafien, garam, alkohol dan minuman berkarbonat boleh mempercepat usia tulang dan juga punca kepada penyakit osteoporosis atau tulang rapuh.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén