Wani Comel dan sahabat baik meninggal dunia akibat Covid-19

Wani Comel yang sebelum ini pernah tular disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 menerusi laman Instagram miliknya.

Lebih menyedihkan, sahabat baik Wani, Putri Nur Rabiatul Nabihah juga meninggal dunia pada hari yang sama akibat jangkitan wabak ini.

β€œSaya ingin maklumkan Nurul Airawani Nazira @Wani Comel dah kembali ke rahmatullah pada jam 9pm tarikh 18 Ogos 2021.

β€œWani pergi dihari yang sama anak saya meninggal.Mereka berdua meninggal disahkan COVID-19. Allahuakbar Allahuakbar.

β€œSayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama.

β€œSaya mohon pada semua rakan rakan sedekahkan AlFatihah utk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,” tulisnya.

Difahamkan, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira telahpun melengkapkan doa kedua 12 Ogos lalu.

Gadis berusia 24 tahun ini pernah tular apabila dikaitkan dengan isu dakwaan dirinya ditipu oleh usahawan kosmetik terkenal.

Loading...

Leave a Reply