Portal berita terbaik anda

Politik

Pelaburan KWSP rugi RM6.09 bilion bulan pertama PH tadbir Putrajaya

KUALA LUMPUR: Pelaburan yang dilakukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi 10 syarikat tersenarai awam (PLC) mencatatkan kerugian sebanyak RM6.09 bilion setelah jatuh sebanyak 12 peratus dalam tempoh sebulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), lapor Malaysian Digest.

The Edge dalam laporannya menyatakan nilai pelaburan menurun secara mendadak daripada RM51.21 bilion kepada RM45.12 bilion dalam tempoh sebulan.

Jelas The Edge, sepuluh saham utama yang mencatatkan prestasi terburuk dalam portfolio KWSP sepanjang tempoh terbabit ialah Cahya Mata Sarawak Bhd. (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd. (MRCB), IJM Corp Bhd., Gamuda Bhd., Telekom Malaysia Bhd. (TM), Axiata Group Bhd., Tenaga Nasional Bhd. (TNB), CIMB Group Holdings Bhd., Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.

Dalam satu kenyataan media, Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO menegaskan, penurunan harga saham PLC di Bursa Malaysia akan memberikan impak termasuk pengurus dana lain seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Tabung Haji dan pelbagai lagi.

“Antara punca utama juga ialah pelabur asing menjual saham dan membawa keluar dana adalah kerana kegiatan politiking melampau iaitu keghairahan memburukkan BN dengan kenyataan Kerajaan PH konon hutang negara lebih RM1 trilion dan kutipan Tabung Harapan,” katanya.

Tambah Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO lagi, antara -syarikat pengurus dana yang terkesan dengan kejatuhan nilai pelaburan mereka susulan aliran menurun dalam urus niaga Bursa Malaysia ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jelasnya, dalam tempoh sebulan selepas PRU14, nilai pelaburan KWSP dalam 10 syarikat awam tersenarai PLC turun 12% atau RM6.09 bilion.

Nilai pelaburan terbabit menurun secara dramatik daripada RM51.21 bilion kepada RM45.12 bilion, hanya dalam tempoh sebulan.

“Sektor pembinaan adalah yang paling teruk susulan kajian semula Kerajaan PH mengenai projek infrastruktur mega iaitu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan laluan ketiga mass transit (MRT3),” katanya.

Menurut laporan mingguan The Edge, CMS mendahului senarai dari segi kuantum kejatuhan dalam harga saham.

Harga saham kumpulan itu merosot 37%, sekali gus menghapuskan RM1.7 bilion dari permodalan pasarannya., KWSP, yang memiliki 10.69% kepentingan dalam syarikat itu, menyaksikan penurunan nilai pelaburannya sebanyak RM180 juta.

Ujarnya,secara keseluruhannya, KWSP kehilangan nilai pelaburan sebanyak RM3.86 bilion dalam empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) – Maybank, Axiata, CIMB dan TM dalam tempoh sebulan. Kejatuhan harga saham Maybank, Axiata, CIMB dan TM masing-masing 7%, 12%, 8% dan 21% sejak PRU14.

Ini menyebabkan KWSP kerugian atas kertas nilai pelaburan dalam syarikat terbabit, masing-masing RM1.06 bilion, RM990 juta, RM730 juta dan RM690 juta.

Namun, kejatuhan harga saham TNB menyebabkan nilai pelaburan KWSP paling teruk terkesan apabila permodalan pasaran gergasi utiliti itu menyusut sebanyak RM8.5 bilion. Akibatnya, KWSP, yang memiliki 12.67% kepentingan dalam TNB, menyaksikan nilai pelaburannya susut 9% atau RM1.08 bilion. – Sarawakvoice

Loading...

Leave a Reply