Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Wang kertas Malaysia ada lemak babi?

BANGI – Seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) mendakwa beliau mendapat maklumat wang kertas di negara ini dipercayai mengandungi lemak babi.

Menurut Prof Dr. Zhari Ismail daripada Pusat Pengajian Sains Farmasi USM, maklumat itu diperoleh daripada pemain industri itu sendiri yang mendakwa ada menggunakan lemak babi dalam proses menghasilkan wang kertas negara.

“Ada penggunaan lemak babi dalam pembuatan percetakan wang kertas. Ini kita perlu berita rasmi yang laporan mengenai perkara ini, jadi ini dakwaan dan kita kena ada pengesahan bahawa dakwaan itu benar atau tidak.

“Kalau tanya orang yang terlibat dalam pencetakan wang kertas, memang mereka guna lemak babi,” katanya kepada MalasyiaGazette hari ini.

Zhari berkata demikian setelah menjadi ahli panel dalam program Diskusi Isu-isu Syariah ‘Vaksin menurut Islam’ di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

Katanya perkara itu turut tersebar menerusi media sosial, baru-baru ini.

Zhari yang juga Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkata, pihaknya telah memanjangkan perkara ini kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, BNM kini sedang dalam kajian mengenai dakwaan itu.

“Oleh kerana itu kita mendapatkan reaksi daripada Bank Negara Malaysia (BNM), sekarang mereka kata sedang dikaji,” katanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan agar sampel wang kertas Malaysia dihantar untuk proses kajian di makmal kerana perkara sama pernah dibuat kertas dolar Amerika Syarikat.

Malah hasil kajian itu turut memeranjatkan kerana terdapat DNA babi dan kuman e-coli di dalam wang kertas berkenaan.

“Kes terdapatnya DNA babi dalam wang kertas kita, kalau kita sampelkan dan hantar kepada makmal.

“Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia namun di Amerika Syarikat pun mereka telah kumpul wang kertas mereka daripada orang ramai dihantar ke makmal universiti untuk melihat apa yang ada pada wang kertas mereka,” katanya lagi.

MalaysiaGazette sedang mendapatkan maklum balas BNM mengenai dakwaan ini. -MalaysiaGazette

Loading...

2 Comments

  1. Harris

    Duit ada lemak babi…? Apa yg nak di hairankan… Duit bertukat tangan setiap hari tidak mengira bangsa, ugama dan kepercayaan, daripada Penama A,B,C,D Sampailah Z.. masuk kedai melayu, masuk kedai cina, masuk kedai india, masuk kedai iban, masuk kedai Kadazan dsb… Belum tau lg apa yg individu tu pegang sebelum memegang duit kertas yg di terimanya.. Perkara yg kita buat tanpa pengetahuan bahawa ia adalah haram bukanlah dosa kan dan bukan jugak halal…Lainlah klu Kita sengaja berbuat dosa dan mengetahui ia adalah dosa, ITU SALAH….!!!!!!

    • Shahirman mohamed

      Bila dah org bagi tau kita kena dapatkan kesahihan….
      Mmg x salah kalau xtau…
      Tapi bila dah ade yg bagitau kena ler buat kajian bukan buat2 xtau…
      Adakalanya kita solat dlm poket ade duit…

Leave a Reply

Theme by Anders Norén