Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Hiburan

Wan Maimunah sedih Aliff Syukri, Sajat permainkan namanya

Pelakon veteran Wan Maimunah meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik tersohor Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat mempermainkan namanya dalam sebuah rakaman video di Instagram.

Kata Wan Maimunah, 62, dia mendapat kiriman video terbabit daripada seorang kenalannya dan sedih dianggap wataknya keji.

“Ada yang hantar pada ibu. Rasa sedih nama ibu dipermainkan, menggunakan perkataan keji. Wan Maimunah masih wujud.

“Hati ibu je tahu bila nama kita dipermainkan seperti ini. Doakan yang baik-baik insya-Allah semuanya baik-baik.

“Terima kasih yang memberi semangat dan mendoakan pada ibu yang baik-baik. Tak terbalas satu-persatu mesej dan komen,” kata Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2018 itu.

Terdahulu, menerusi akaun Instagram Nur Sajat, penyanyi itu memuat naik rakaman berdurasi seminit ketika ditanya Aliff Syukri siapakah pilihannya seandainya diberikan watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.

Jawab Sajat dalam video berkenaan; “Kenapa watak keji kau bagi. Muka cantik macam Miss Universe, Miss World bagi watak Hantu Kak Limah. Tak ada orang lain ke?”

Kenyataan Sajat itu disifatkan netizen sebagai mempersenda kredibiliti pelakon-pelakon legenda seperti Dalimawati dan Wan Maimunah sendiri.

Video itu terus mendapat kecaman netizen dan meminta kedua-dua usahawan selebriti itu menjaga pertuturan agar tidak sewenang-wenangnya mengaibkan mana-mana pihak.

Malah, ada yang mendesak Wan Maimunah mengemukakan saman berhubung perkara terbabit.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén