Portal berita terbaik anda

Politik

Wan Azizah seru rakyat bersabar dengan PH

PARIS – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan pelbagai masalah berpunca daripada pemerintahan kerajaan terdahulu.

Beliau berkata, kerajaan mungkin memerlukan setahun ataupun tiga tahun, malah mungkin lebih dari itu untuk memperbaiki negara yang telah berada bawah amalan kleptokrasi selama 61 tahun.

“Untuk memperbaiki sesuatu yang sudah lama bukan mudah, tiada tongkat sakti, tidak ada butang automatik yang anda boleh tekan (untuk selesaikan segala-galanya). Ia tidak berfungsi seperti itu. Ia memerlukan kerja keras dan air mata dan harus diusahakan oleh semua orang rakyat Malaysia.

“Kita mesti bekerja keras untuk memperbaiki keadaan yang runcing dan proses ini mungkin mengambil masa lama lagi,” katanya semasa berucap pada Majlis Diaspora Bersama Rakyat Malaysia di Perancis di sini.

Wan Azizah dalam rangka lawatan kerja empat hari ke negara ini dengan agenda utama bagi mempengerusikan Mesyuarat Biro Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Sainstifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Sesi Ke-14 Majlis Antara Kerajaan bagi MOST. – Bernama

Loading...

Leave a Reply