Walaupun sedap, dietitian ini kongsi sebab tak boleh sesuka hati makan ‘sports candy’

Sebut saja gula-gula Himalaya Salt ini, pasti ramai tahu bahawa gula-gula kini sedang viral dan sehingga habis dijual di kedai. Memang sedap rasanya dan sekali makan pasti nak lagi.

Tapi ramai tak tahu mengenai ‘sport candy’ ini. Baru-baru ini, seorang pakar diet, Mohd Khairul Azuan telah berkongsi maklumat mengenai cara pengambilan gula-gula tersebut dengan betul supaya tidak memudaratkan kesihatan diri.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:

Seronok sahaja saya lihat orang ambil gula-gula jenis ini dan nampak viral sehingga habis kat kedai. Saya mahu beri sedikit info berkenaan ‘sport candy’ ni.

Gula-gula ini bukan diambil suka-suka menggantikan gula-gula biasa. Ia mempunyai kandungan sodium di dalamnya. Kadar pengambilan garam sudah cukup banyak kita ambil secara semulajadi atau secara tambahan dalam makanan harian kita.

Siapa yang sesuai ambil gula-gula jenis ini? Individu yang dalam keadaan aktif berpeluh, individu yang hiking dalam jangka masa yang panjang dan individu yang mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah.

Kalau anda ada masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang jangan sesuka hati ambil. Yang mengandung dan nak hilangkan loya pun kena berhati-hati. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pregnancy induced hypertension (PIH).

Banyak kajian telah dilakukan dan dianggarkan pengurangan sebanyak 1 gram garam boleh menurunkan tekanan darah purata sebanyak 2 mmHg, yang mana boleh menurunkan risiko strok sebanyak 10% dan penyakit jantung sebanyak 5%.

Had pengambilan sodium dalam sehari adalah 2000mg. Saya berikan contoh kenapa kita tak perlukan lagi gula tambahan daripada gula-gula jenis ini bagi orang normal:

– Dalam makanan semulajadi kita biasanya ambil dalam 12% sodium.

– Sodium yang ditambah dalam masakan adalah lebih kurang 5%.

– Sodium yang ditambah semasa makan lebih kurang 4%.

– Sodium yang datang daripada makanan yang diproses adalah dalam 77%. Banyak bukan?

Cukup sudah sodium dalam makanan harian kita. Tak perlu lagi daripada candy ini. Penyakit darah tinggi adalah yang paling dekat perkaitannya dengan sodium. Komplikasinya seperti pening kepala yang berterusan, sakit jantung dan masalah buah pinggang.

Elakkan sodium yang berlebihan. Pengambilan candy ini semata-mata mahu lebih sihat adalah mitos. Dan saya tak pasti kenapa orang ambil ia untuk legakan sakit tekak sedangkan ia tidak mempunyai lozeng pun. Anda hanya menambah sodium dalam diet tanpa sedar.

Loading...

Leave a Reply