Portal berita terbaik anda

Utama

Vivy Yusof mohon maaf tak berniat memperkecilkan golongan B40

Gara-gara keluhan seorang majikan bernama Aleeya Zailan di Instagram, usahawan Datin Vivy Yusof pula yang kena kecam teruk.

Nama Vivy terus menjadi trending nombor 1 di Twitter selepas membalas komen dari keluhan wanita ini.

Difahamkan Aleeya Zailan mengeluh bahawa golongan miskin sahaja akan ‘kaya’ selepas menerima bantuan, sebelum mereka kembali miskin selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hal ini telah didedahkan oleh serang pengguna twitter @nyonyacyber.

Keluhan ahli perniagaan ini mendapat reaksi dari Vivy dan meninggalkan komen bersetuju dengan apa yang Aleeya nyatakan.

Vivy percaya kesenangan yang diberikan kerajaan hanya sementara sebelum semua orang kembali merana selepas PKP, baik pemilik syarikat mahupun pekerja.

Tanpa diduga perbualan kedua-dua ahli perniagaan ini mendapat perhatian netizen sehingga pelbagai komen negatif dilemparkan kepada mereka berdua. Ramai yang mengecam Vivy sehingga mahu boikot produk kerana mempunyai mentaliti seperti itu.

Vivy mohon maaf secara terbuka

Menyedari akan isu ini disalah erti oleh netizen, Vivy telah memohon maaf secara terbuka menerusi Instagram peribadinya.

 

View this post on Instagram

 

Sorry, everyone. 🙏❤

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on

Semoga isu ini tidak di panjangkan kerana banyak hal lagi isu semasa perlu difikirkan oleh rakyat Malaysia pada masa ini.

Loading...

2 Comments

  1. Nasu shamsuddin

    Baru MISKIN sekejap, dah menggelupur macam dah nak ajal🤣 Yang golongan miskin tegar dari lahir sampai dorang meninggal, tak pernah pun dorang keluh-kesah macamni🤣 Kesiannya! Alhamdulillah di sebalik PKP covid19 ni terkeluar sikap sebetul setiap individu pelbagai golongan. Betul lah adab tak boleh dibeli! Duit melimpah ruah boleh kumpul bila-bila masa. Hahah! 🤣 Nasib tak komen hasut suruh boikot produk dia. Semoga selamat sentiasa dalam tularan wabak covid19 sekarang ni ye. Jaga diri baik-baik.

  2. Luqman Hakim b Ibrahim

    ne lah akibat nya bila bcakap tanpa mnggunakan akal dgn betul.. #cakapgunaotak #

Leave a Reply