Vincent Tan mahu bina lapangan terbang RM1.2b di Pulau Tioman secara percuma

0
5960

Pemilik syarikat Berjaya Sport Toto Berhad, Tan Sri Vincent Tan berhasrat untuk membina sebuah lapangan terbang di Pulau Tioman sebagai hadiah kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Memetik laporan The Malay Mail, Vincent yang merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya Group Berhad, kos pembinaan lapangan terbang itu dianggarkan bernilai RM1.2 bilion akan ditanggung oleh syarikat.

Ujarnya, ia sebagai cara beliau untuk membantu kerajaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menstrukturkan semula negara.

“Kami mencari projek infrastruktur dan akan mencadangkannya kepada kerajaan. Kami mahu membiayai sendiri projek tersebut menerusi pinjaman daripada bank. Kami tidak mahu membebankan kerajaan.

“Kami menyasarkan projek Lapangan Terbang Tioman. Kami difahamkan kedudukan kewangan negara tidak berapa bagus sekarang. Kami sanggup bekerjasama dengan rakan lain, untuk menswastakan dan membiayainya, tetapi kerajaan boleh menguruskannya,” ujarnya.

Pada tahun 2003, ketika saat-saat akhir Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri untuk kali pertama, beliau telah meluluskan kuasa monopoli perjudian sukan kepada syarikat Ascort Sport Sdn Bhd milik Vincent.

Konsesi selama 20 tahun itu dibuat Dr Mahathir secara senyap-senyap dan setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) mengetahuinya pada 2004 – selepas mengambil alih tugas selaku Perdana Menteri dari Dr Mahathir – kontrak tersebut dibatalkan.

Pengganti Pak Lah, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengambil langkah sama dengan tidak meluluskan lesen monopoli perjudian kepada Vincent.

Taikun perniagaan itu pada 2010 bertindak menjual 70% pegangan sahamnya didalam Ascot kepada Berjaya Corporation Bhd yang sudahpun menjalankan pertaruhan sukan pertama di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here