(Video) Ustaz Asri melambung dirempuh kereta

0
1203

Viral di media sosial video seorang penunggang motosikal dirempuh oleh sebuah kereta yang secara tiba-tiba memasuki jalan bertentangan.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd Asri Mokhtar atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Asri yang dikatakan dalam perjalanan untuk membeli air kelapa untuk juadah berbuka, patah kedua-dua belah tangan akibat dirempuh dengan kuat.

Rempuhan itu turut menyebabkan mangsa melambung sebelum terhempas ke atas jalan raya, manakala motosikalnya rosak teruk.

Sementara itu, abang mangsa, Zahari Mokhtar, yang memuat naik gambar dan video kejadian itu meminta warga Facebook mendoakan keselamatan adiknya yang kini dirawat di Hospital Kubang Kerian.

“Kepada semua warga Facebook, ambo mohon doa keselamatan untuk adik ambo Ustaz Mohd Asri Mokhtar, yang terlibat dalam kemalangan sebelum berbuka puasa tadi (petang semalam).

“Beliau dilanggar oleh kereta yang memasuki jalan yang salah. Semoga adik saya dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini,” tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here