Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Video tu saya dah lama tengok…’ – Jurusolek nafi terbabit dalam video lucah Syafiq Kyle

JURUSOLEK artis, Aizat Abdul Razak menafikan dirinya sebagai Mira iaitu ‘wanita’ yang dikaitkan dalam panggilan video lucah didakwa milik pelakon Syafiq Kyle yang tular di laman sosial.

Baca: Video Syafiq Kyle mel**cap tersebar?

Aizat berkata, tindakan segelintir pihak yang menuduhnya adalah fitnah kerana dia masih waras untuk melakukan perkara tidak berfaedah itu.

“Berhenti tanya saya mengenai Syafiq (Kyle). Saya kenal dia sebagai jurusolek dan artis. Jangan fitnah saya dalam video. Bulan baik ini jangan tuduh melulu.

“Tolong faham, saya bukan Mira. Berhenti fitnah saya,” katanya.

Aizat berkata, ruangan komen dan Direct Message (DM) di laman Instagram miliknya dibanjiri pertanyaan dan meminta dirinya mengaku sebagai Mira.

“Kenapa pula saya dipersoal. Hanya kerana saya memuat naik gambar suntingan bersama Syafiq, saya dituduh sebagai Mira?

“Video itu saya sudah tengok lama. Cuma saya tidak pernah simpan dan sebarkan sebab tidak tahu kesahihan. Kalau saya orangnya, kenapa pula saya nak aibkan diri sendiri.

“Gila ka apa. Orang zaman sekarang suka tuding jari. Benda tidak sahih pun nak kongsi. Jangan babitkan saya. Biar orang selayaknya siasat jangan burukkan keadaan. Saya tidak ada kena mengena apatah lagi dalam penyebaran video itu,” katanya.

Loading...

Leave a Reply