Video simulasi detik-detik akhir pesawat Lion Air sebelum terhempas ke laut

0
893

Walaupun bangkai utama pesawat Lion Air JT-610 masih belum ditemui, sudah ada ‘pakar’ tidak bertauliah yang mula membuat spekulasi berhubung punca sebenar nahas tersebut.

Menerusi media sosial, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Lasardn telah memuat naik video simulasi detik-detik akhir pesawat tambang murah itu sebelum terhempas perairan Tanjung Karawang

Video simulasi itu telah dibuat oleh sebuah syarikat penerbangan, berdasarkan pemerhatian rakaman data ATC penerbangan.

Pesawat take-off

Independence simulator

Pesawat hilang kawalan dan terjunam jatuh

Walau bagaimanapun video tersebut hanyalah dibuat berdasarkan pemerhatian pada data penerbangan, malah pihak berkuasa Indonesia sendiri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi. Sehingga kini, ia telah mendapat lebih 2.3 ribu Retweet di Twitter.

Jangan buat apa-apa spekulasi

Setelah tersebarnya video ini laman sosial, ramai yang berpendapat supaya video ini perlu dipadam, kerana ia dikeluarkan oleh sumber awam, bukanlah dari pihak berkuasa Indonesia.

Sumber : Twitter Lasardn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here