Portal berita terbaik anda

Utama

Video semburit: Ketua Polis Negara jadi boneka Mahathir?

Apabila PDRM mengumumkan video itu asli tetapi tidak boleh mengenalpasti pelakunya, sudah pasti ia mengundang konflik ramai.

Ketua Polis Negara (KPN) sekarang bukanlah individu yang dilantik kerana kelayakan tetapi ia sekadar lantikan politik kerana secara hakiki dia telah berhenti dan menjadi pekebun sayur sejak tiga tahun lalu.

Lantas apabila KPN gagal untuk menjalankan tugas dengan amanah dan jujur, kita tidak boleh menyalahkan pihak PDRM kerana sememangnya ketua mereka ini hanya membalas budi Mahathir yang telah melantiknya sebagai Ketua Polis Negara.

Pergilah tanya mana-mana polis yang anda kenal. Samada dari konstabel sehingga ke Sub inspektor yang bertugas di balai-balai polis seluruh negara. Pasti jawapan jujur yang akan kita dapati mengenai KPN ini.

Sejak dilantik, janji sebulan hendak hapuskan pusat maksiat, judi dan dadah hanyalah retorik yang tak sudah. Cakap bergegar gegar aje. Tempoh larangan untuk semua pemilik pusat hiburan yang menjual dadah sintetik pun telah berakhir. Sekarang telah kembali bebas. Boleh dibuka 24 jam pun.

Maka, tidak mustahil jika KPN lantikan politik Mahathir ini hanya dilantik untuk memastikan agar pihak polis cenderung menyokong Mahathir dan Pakatan Harapan. Lagi-lagilah dalam beberapa pilihanraya kecil lalu, undi polis tidak memihak kepada Pakatan Harapan.

Jadi kepada KPN, jika sudah tidak mampu untuk bersikap adil, amanah dan berintegriti maka sila LETAK JAWATAN. Tidak ada apa perlu dibanggakan dengan jawatan dunia ini.

Jika hanya menjadi Pak Turut atau Boneka sahaja, ada baiknya duduk sahaja di kebun sayur dan menabur budi pada tanah.

Oh ya! Memang patut pun dulu ditukarkan sebab laporan 1MDB kau tu memang sampah. Dah setahun pun, masih belum dibuktikan apa-apa kesalahan Najib Razak. Semakin lama orang hanya akan tahu, Hamid Bador hatinya BUSUK.

Sumber: Mandat Johor

Loading...

Leave a Reply