(Video) Sarawak umum keluar BN hari ini

PETALING JAYA: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama 3 parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak mengumumkan keluar dari gabungan itu untuk membentuk pakatan baru dinamakan Gabungan Parti Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg ketika membuat pengumuman itu berkata, 3 lagi parti komponen BN itu adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).

Pada 7 Jun lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata dakwaan PBB meninggalkan BN di luar pengetahuannya.

Bekas timbalan perdana menteri itu juga menafikan menemui presiden PBB, Johari dan merayu parti ke-2 terbesar dalam BN itu tidak meninggalkan BN bagi mengelakkan gabungan itu hancur.

Zahid bagaimanapun menghormati dan mengalu-alukan pendirian PBB dan parti komponen BN Sarawak yang berhasrat menjalin hubungan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *