(Video) Lelaki bunuh diri depan Kaabah ketika solat Terawih

0
3224

MEKAH: Seorang jemaah maut di Masjidilharam, Arab Saudi, apabila dilihat terjun dari tingkat atas ke ruang jemaah di hadapan Kaabah ketika solat tarawih sedang berlangsung.

Saudi News FR, menerusi entri di akaun Twitter rasminya melaporkan, siasatan awal mendedahkan lelaki berusia 26 tahun itu berketurunan Asia yang menetap di Eropah.

Rakaman kamera litar tertutup mendedahkan, lelaki tersebut terjun dari tingkat atas dan maut di tempat kejadian.

Mayat lelaki tersebut telahpun dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, kenyataan mengenai kes tersebut akan dikeluarkan setelah siasatan polis selesai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here