Portal berita terbaik anda

Viral

Video Jep Sepahtu bersyukur BN kalah PRU14 kembali tular

Video Jep Sepahtu yang dirakam pada malam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Mei tahun lepas, kembali tular hari ini.

Video berdurasi 9 minit 41 saat itu dipercayai dirakam sendiri oleh Jep di dalam kereta miliknya ketika dia sedang menuju ke tempat kerja.

Menurut Jep, dia bersyukur di atas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU tersebut. Dia menyifatkan kemenangan PH itu sebagai satu hadiah kemerdekaan buat rakyat.

Disebabkan video itu, netizen mula merasa kecewa dengan pendiriannya yang menyokong Pakatan Harapan (PH) yang telah banyak menipu rakyat.

Ada juga yang mula melaungkan slogan untuk memboikot Jep kerana disebabkan pengundi sepertinya itulah yang menyebabkan ramai rakyat tidak dijaga kebajikannya, ditarik bantuan dan puluhan ribu lagi yang lain yang diberhentikan kerja. – AbuLeman

Loading...

Leave a Reply