Portal berita terbaik anda

Viral

Video heret anjing naik motor tular, individu kejam dicari netizen

VIRAL di media sosial video seekor anjing diheret dengan motosikal oleh seorang lelaki.

Video yang dimuat naik sebuah NGO itu dikatakan berlaku di Rawang Perdana pada Khamis lepas.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat anjing tersebut terkial-kial mengikut motosikal yang ditunggang secara perhalahan itu.

Bagaimanapun, penunggang motosikal dipercayai pemilik anjing tersebut tidak menghiraukan keadaan anjingnya dan terus menunggang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

NGO terbabit meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supayatampil membuat laporan polis agar lelaki itu dapat didakwa kerana menganiaya haiwan.

Sementara itu di ruangan komen, netizen mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki itu dan mahu dia dikenakan tindakan tegas.

Loading...

Leave a Reply