Video COO baharu Felcra tengking staf bawahan tular

SATU video memaparkan seorang lelaki dipercayai Ketua Pegawai Operasi (COO) Felcra menengking staf bawahannya tular di media sosial sehingga menaikkan kemarahan orang ramai.

Antaranya, bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin yang mengkritik tindakan tersebut yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak patut.

“Berulang kali saya cakap. Kerajaan yang lahir dari pemberontakan jalanan seperti dilakukan BERSIH selama ini telah melahirkan sebuah kerajaan samseng hari ini.

“Apatah lagi fitnah yang ditabur selama ini telah merosakkan akal pemikiran rakyat hingga lahir pemimpin agensi kerajaan yang berperangai seperti beruk,” katanya.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku ketika COO yang baru dilantik sejak empat lalu itu melawat ladang sawit di Sungai Batu, Pahang.

Loading...
Published
Categorized as Viral

1 comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *