GOPENG – Seorang pengguna vape di sini terpaksa menerima enam jahitan di bibir selepas alat itu meletup ketika hendak disedut, Khamis lalu.
Berikutan kejadian itu, peniaga, Salleh Awang Hat, 33, serik untuk terus menggunakan vape.
“Saya dan saudara terdekat sudah tidak lagi menghisap vape selepas kejadian vape meletup hingga terpaksa menerima enam jahitan, ” kata Salleh atau lebih dikenali sebagai Lan ketika ditemui di sini, petang tadi.
Insiden letupan vape membabitkan Lan itu viral di laman sosial malah mengundang pelbagai kritikan.
Sehubungan itu, Lan minta supaya orang ramai tidak membuat andaian sendiri mengenai kejadian yang menimpanya dan menasihatkan pengguna vape supaya lebih berhati-hati meneliti komponen vape sebelum menggunakannya.
Lan berkata, dalam kejadian itu kira-kira jam 9 malam Khamis lalu, dia menghidupkan vape untuk disedut, tetapi ia meletup sebelum sampai ke bibir.
“Vape itu meletup dan hujung vape (bahagian penyedut) itu tercabut ibarat peluru ditembak tetapi mujur tidak kena pada muka. Hanya belerang yang meletup dan terbakar di muka dan bibir saya.
“Nasib saya baik kerana belum sempat menyedutnya kalau tak ibarat meletak pistol ke dalam mulut. Saya juga bersyukur kerana tidak buta,” katanya.
Katanya, insiden itu terjadi selepas sehari menimang cahaya mata pertama dan bersyukur kerana vape itu meletup sebelum dia menyedutnya.
Lan berkata, dia tidak membuat sebarang ubahsuai pada vape dan alat itu bukan dibeli dengan harga murah yang menyebabkannya meletup.
“Saya sudah lama memakai vape itu memang tiada masalah sebelum ini. Saya sendiri tidak tahu apa punca sebenar ia meletup tapi saya difahamkan ia mungkin berpunca daripada bateri
“Saya harap komen di laman sosial tidak membuat andaian sendiri dan mengaibkan saya kerana ia memaparkan gambar saya yang turut dikenali oleh saudara dan rakan. Saya harap orang ramai faham dengan situasi saya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan membabitkan kejadian itu.
Khairil
Nak pakai mechanical mod tapi tak tahu tentang keselamatan bateri, mendapatlah. Mech mod memang murah tapi pengguna wajib tahu tentang isu keselamatan bateri lithium yang mudah terbakar. Sedangkan Samsung Note 7 yang penuh ciri keselamatan pun boleh meletup, inikan pula mechanical mod yg direct sambung ke bateri….
captain
vape pun tak sihat…. ktia kena amik kira jugak
Kajongsuda
Sya pkai mechmod dh dkat 5 thun..alhamdulillah..msih slamat..yg penting kna tau setting coil ngn pnggunaan btri..jgn pkai hentam buat je..mmg mndapat la jwapnye..
Henry
Khairil, is too kind in his comments.
Nampak tuh… mech mod, no idiot-proof safety. Tak tau jaga battery, tak nak guna regulated mod, tak nak guna kepala hotak dia, baik dia jgn vape 😀
Rosie
Tak pe, kes terpencil. Tak pe, itu sbb diax pandai guna, tak tahu pilih, tak tahu fungsi. Tak pe….. Tak kena lagi. Dah kena nanti?
Bonchell
Jangan brani makai mecanikal clone atau abal abal cari lah yang otentic yang teruji ke amanan nya
Picisan
Hahahaha….btol tu henry…ke die x taw nak guna langsung mech mode tu?? 😂😂
Naimar
Bole jadi jugak vape tu meletup sbb dia overcharge bateri tu setiap kali dia charge bateri tu
wahyu
Disinilah pentingnya belajar teori dulu sebelum praktik. Pahami ohm law, kondisi batre, kondisi mod/device dll. Kalo asal asalan pake ya gini ini. Warp batre sobek tetep pake, batre clone dipake, apalagi pake nya di mechanical mod yang emang harus bener bener paham tata cara penggunaannya.
Theo
Bisa make ga bisa mengurus vape,
Sprti itu lh kira2
Mita
Dh jadi kucing kerong.sian dia..
Mak kau
Tak kena kat kepala kau adik beradik kau mmg la kau cakap pandai,cuba kena baru ada akai ,bodoh tu simpan sikit brade
Iwakbirudu
Sebut sja dia tak bise main mod mecha
King
Semua alat eletronik bahaya. Klau reti jaga n ikut bku panduan xkn jadi masalah. Itu vape jenis vote tggi. Klau xreti nk jaga itulh padahnye.
sabran ini bous
ngevape pke meca ya harus tau kondisi pakai ya vgod lgi hedeh parah emh orangtua asal pakai aja
Aiman
Tula kau isap yg tk berfaedah