Ustazah hidap Covid-19 meninggal dunia ketika solat dhuha dalam keadaan bersujud

SEORANG pesakit Covid-19 meninggal dunia ketika sedang mengerjakan solat sunat dhuha, di Hospital Kepala Batas, semalam.

Dalam kejadian pada 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Ustazah Masrurah Mohamad, ditemui dalam keadaan sujud oleh jururawat yang sedang bertugas.

Allahyarham yang bertugas sebagai guru di SK Kepala Batas telah disahkan dijangkiti Covid-19 bersama suaminya, Suhardi Sharif sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Difahamkan, suami Allahyarham dilaporkan kritikal dan kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital yang sama.

Pemergian Allahyarham mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Ustazah Masrurah yang berasal dari Kelantan meninggalkan tiga anak yang masih kecil.

Semoga Allah merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *