Ustaz Yo Kemaman meninggal dunia

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Khirudzaman Omar telah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi.

Allahyarham yang mesra disapa Ustaz Yo meninggal dunia pada jam 6.30 pagi tadi akibat sesak nafas selepas mengalami demam selama dua hari.

Menurut sumber terdekat, jenazah Ustaz Yo akan disembahyangkan di Surau Al Hadeed, Taman Perwaja, Chukai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kuala Kemaman selepas waktu Zohor, hari ini.

Pemergian Ustaz Yo, 38 tahun, merupakan satu kehilangan besar kepada dunia dakwah di Terengganu, terutamanya di sekitar Dungun dan Kemaman.

Ketika menyampaikan kuliah, Allahyarham selalu memperingati tentang kematian dan sering membuatkan orang ramai bermuhasabah dan terjentik hati untuk berubah ke arah kebaikan.

Semoga Allah menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *