Portal berita terbaik anda

Utama

‘Orang buat perkara tak elok kat saya, dibuatnya di Bangkok’ – Ustaz Kazim sebak dedah apa sebenarnya yang berlaku

PENCERAMAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian sebuah video di akaun Instagram miliknya dua hari lalu.

Menerusi video tersebut, kelihatan Ustaz Kazim berjalan menggunakan tongkat memperlihatkan kesukaran memijak pada kaki kiri beliau.

Difahamkan Ustaz Kazim sedang mengalami bengkak kaki.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memohon doa orang ramai untuk kesembuhan dirinya.

Perkongsian berkenaan ternyata buat ramai pengikut serta warga maya tersentuh dan rata-rata antara mereka menitipkan doa buat penceramah kesayangan ramai itu.

Ujar mereka;

“Ya ALLAH… semoga ALLAH kurniakan kesembuhan segera buat ustaz dan dikurniakan perlindungan dan peliharaan daripada segala perkara yang tidak elok.”

“Semoga kembali sihat walafiat ya ustaz. Amin ya mujib.”

“Allah, ustaz kesayangan kami. Kami doakan ustaz segera diberi kesembuhan.”

Baca juga Bimbang pengaruh kanak-kanak, PU Rahmat mohon henti promosi Squid Game

“Semoga ustaz cepat sembuh seperti sedia kala. Saya dah merasa berjalan pakai tongkat memang susah sikit nak bergerak.”

“Semoga ustaz sentiasa diberi perlindungan dari ALLAH SWT. Ustaz tetap semangat.”

Loading...

Leave a Reply