‘Ustaz Ebit cepatlah pulang’ – rayu rakyat Malaysia

Orang ramai meminta agar pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew segera pulang ke tanah air selepas mereka bimbang dengan situasi semasa rakyat di negara ini.

Ketika ini, Ebit Lew sedang melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan di Gaza, Palestin selepas rombongannya baharu sahaja dibenarkan masuk semalam selepas lebih sebulan berada di negara perang itu.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! di laman Twitter, ramai yang meluahkan rasa bimbang dengan keadaan rakyat yang semakin ‘susah’ sehingga ada yang sanggup membunuh diri serta sakit mental.

Justeru, mereka mahu ‘wira’ rakyat Malaysia itu pulang segera ke tanah air dan menyantuni masyarakat di sini pula.

Pada masa sama, orang ramai turut mendoakan agar misi Ebit Lew di bumi bergolak itu sentiasa dipermudahkan dan selamat kembali ke tanah air.

“Semoga ustaz selamat di sana, berjaya mengagihkan bantuan kepada umat Islam di Palestin.

“Moga selamat juga pulang ke tanah air nanti, ramai dah rakyat Malaysia bunuh diri sepanjang ustaz tiada di tanah air,” luah pemilik akaun Twitter bernama @Marshaida_MY.

Turut meluahkan perasaan sama adalah seorang lagi pengguna Twitter yang dikenali sebagai @azman6089.

“Alhamdulilah ustaz selamat. Balik cepat ustaz, ramai rakyat Malaysia yang susah, bunuh diri pun ramai,” ciapnya.- K! ONLINE

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *