‘Ustaz Adam akan ceraikan isterinya?’ – Saksikan episod akhir drama Nur malam ini

0
1530

Sudah lama kita tidak menonton drama berkualiti dengan penuh mesej yang bermakna seperti Nur, setelah mendapat sambutan yang luar biasa, akhirnya hari ini adalah episod terakhir drama tersebut.

Sepanjang ditayangkan, drama ini mendapat pujian yang positif kerana plot dan karakter yang cukup menarik. Contohnya watak Nur sendiri dimana dia seorang yang berminat dan ingin mendalami agama tetapi dalam masa yang sama masih terkurung di dalam sangkar dunia pelacuran.

Bukan itu sahaja, ia turut menyelitkan unsur-unsur dakwah selain menunjukkan realiti bahawa wujudnya orang-orang munafik seperti Ustaz Syed Hamadi. Betapa manusia ini boleh menjadi sangat hipokrit disebalik imej alim mereka.

Kisah cinta Ustaz Adam dan Nur yang ditimpa pelbagai ujian daripada keluarga dan juga pandangan negatif masyarakat berkaitan perkahwinan mereka yang berbeza darjat juga adalah tarikan utama drama tersebut, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah pengakhiran kisah cinta Ustaz Adam dan Nur.

Benarkah Ustaz Adam akan ceraikan Nur dan membuat keputusan berkahwin dengan Deeja? Ataupun apa yang berlaku daripada episod pertama hanyalah mimpi Ustaz Adam sahaja? Sama-sama kita nantikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here