Pengasas Darul Hadis Baling, Ustaz Abdullah Isa kembali ke rahmatullah

Pengasas Pertubuhan Darul Hadis, Ustaz Abdullah Isa dikhabarkan telah meninggal dunia hari ini.

Berita itu dimaklumkan menerusi satu perkongsian di Facebook Pencinta Ilmu, sebentar tadi.

“Telah kembali ke rahmatullah Ustaz Abdullah Isa (Mudir Pertubuhan Darul Hadis, Baling) pada pagi tadi hari Jumaat yang penuh berkah tanggal 19 Mac 2021.

“Moga diampunkan segala dosa-dosanya dan dengan segala jasa baik ustaz serta ilmu yang diajarkan menjadi asbab beliau mendapat rahmat Allah dengan syurgaNya,” katanya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan, Allahyarham berpengalaman lebih 10 tahun dalam menjajar ilmu Hadis di surau dan masjid sekitar Cheras, Kuala Lumpur.

Pemergian Allahyarham yang disifatkan sebagai seorang yang sangat cintakan ilmu merupakan satu kehilangan kepada dunia dakwah di negara ini.

“Terkenang zaman sekolah di Yayasan Khairiah dulu. Kalau time ustaz mengajar kuliah di surau asrama memang ditunggu-tunggu. Best dengar penjelasan dan lawak tu hilang mengantuk dan faham,” kata Tasneem.

“Tenanglah wahai guruku.. Semoga roh arwah ditempatkan bersama Para Anbiya Siddiqin Syuhada dan Solehin.. Amin ya rabb

“Semoga Allah ampuni segala dosa2 ustaz dan kami menyaksikan kebaikan dan pengorbanan ustaz dalam perjuangan islam,” ujar bekas pelajarnya, Irsaili Rafifi.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *