Uqasha Senrose tidak minat lelaki berbadan sasa

0
29

Pada usia sekarang, Uqasha Senrose memilih untuk lebih berhati-hati memilih pasangan hidup dengan mencari keserasian dahulu sebelum ke fasa lebh serius agar ianya tidak terhenti di pertengahan jalan.

“Siapa yang mahu kahwin lepas tu berpisahkan? Sama juga dengan saya. Keluarga saya juga pernah alami perkara sama. Jadi kalau boleh saya tidak mahu ia berlaku pada saya, tak mahu anak-anak yang bakal dilahirkan merasa”

Ditanya pula kriteria jejaka idamanya, Uqasha memberitahu, dirinya menyukai lelaki yang tinggi lampai namun tidak kepada lelaki yang berbadan sado. Bagaimanapun Uqasha memberitahu soal ini sukar untuk dibincangkan.

“Saya tidak boleh nak jelaskan bagaimana. Kadang bila berkawan pada akhirnya kita sedar dia hanya selesa dijadikan kawan. Malah ada juga yang mulanya kita tidak suka, tetapi boleh jadi rapat. Jadi saya sukar untuk menjelaskan”

“Jodoh tidak mngenal siapa. Kalau kriteria saya suka lelaki yang tinggi, tetapi kurang tertarik pada lelaki sado. Bukan tak suka, kiranya fizikal sebegitu bukan lelaki pilihan saya,” jelasnya.

Terdahulu, Uqasha mendedahkan beliau bakal berangkat ke tanah suci selepas ibunya puas memujuk. Khabarnya, perjalanan Uqasha ke tanah suci juga berserta dengan doa untuk bertemu jodoh di depan Kaabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here