Uqasha Senrose ditahan disyaki miliki dadah

0
5365

KUALA LUMPUR – Artis popular, Uqasha Senrose ditahan selepas polis menemuinya dalam keadaan khayal dan memiliki enam paket yang disyaki dadah jenis Eramin 5 ketika pemeriksaan tubuh serta beg tangan dibuat ke atasnya di balai Taman Tun Dr Ismail, pagi tadi.

Menurut sumber, pihak polis sebelum itu menerima panggilan berlaku satu kemalangan di hadapan sebuah rumah di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail.

Ketika tiba di lokasi kejadian, polis menemui seorang lelaki Cina yang memaklumkan kenderaan jenis Range Rover berwarna putih yang dipandu seorang wanita Melayu telah melanggar kereta Honda miliknya.

“Pemeriksaan awal anggota di tempat kejadian mendapati artis berkenaan dipercayai berada dalam keadaan khayal.

“Polis kemudian telah membawa artis terbabit ke balai bagi pemeriksaan lanjut,” katanya kepada Mynewshub di sini malam ini.

Tambahnya, kesemua dadah berkenaan yang berjumlah 53 biji dibalut dengan kertas aluminium foil berwarna merah.

Uqasha kini ditahan bagi siasatan lanjut. -MYNEWSHUB.CC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here