Portal berita terbaik anda

Politik

Undi BN naik mendadak, penyokong PAS turut undi BN

TANAH RATA – Berdasarkan keputusan tidak rasmi ketika ini, BN meraih 54.7 peratus undi, iaitu peningkatan yang ketara berbanding PRU ke-14.

Pada PRU ke-14, undi yang diraih BN dan PAS adalah 55.24 peratus.

PH pula hanya menunjukkan kenaikan kecil iaitu dari 38.6 peratus pada PRU ke-14 kepada 39.95 peratus pada PRK kali ini.

Undi rosak pada PRK ini ialah 2.71 peratus, berbanding 3.14 peratus pada PRU ke-14.

Peratusan keluar mengundi adalah kira-kira 69 peratus, berbanding 79.03 peratus pada PRU ke-14.

Keputusan PRK kali ini memberi gambaran penyokong PAS mengundi BN. Pada PRU ke-14, PAS meraih 3,587 undi.

Loading...

Leave a Reply