Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Viral

Umur sebulan hidap kanser, ibu bapa Maryam tagih doa ramai agar cepat sembuh

Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang dilahirkan membesar dengan baik dan sihat. Begitulah juga dengan pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Muhammad Jazmi dan Shiera Adam ini.

Namun, tiada siapa yang mampu melawan takdir. Cahaya mata sulung mereka, Maryam Nur Jannah telah disahkan menghidap barah jenis ‘neuroblastoma‘ iaitu ketumbuhan yang paling kerap ditemui dalam kalangan bayi.

Berikutan itu, Shiera telah memuat naik status di Twitter yang meminta orang ramai mendoakan bayi perempuannya itu agar segera sembuh.

Menurutnya, Maryam telah didiagnos dengan kanser tersebut ketika usianya 37 hari dan ketumbuhan itu turut mempengaruhi organ hatinya.

Dalam perkembangan terbaru, Shiera memaklumkan bahawa anaknya terpaksa dimasukkan semula ke hospital walaupun baru beberapa hari pulang ke rumah kerana perutnya mula kembung.

Setakat ini, kedua-dua status yang dimuat naik oleh Shiera telah menerima lebih daripada 40 ribu retweet dari netizen di Malaysia dan Indonesia.

Posting berkenaan juga tidak putus-putus menerima ucapan agar Maryam diberi kesembuhan oleh Allah SWT selain netizen turut memuji akan kecomelan wajahnya.

Loading...

1 Comment

  1. wan redwan

    subhanallah..anak syurga…andai dia pergi..ramai anak2 mencemburui pemergian nye

Leave a Reply

Theme by Anders Norén