Portal berita terbaik anda

Utama

‘Umno tak peduli pun isu PTPTN’

Wan Saiful speaks to media during his announcement new membership of Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) at Menara Yayasan Selangor.

MALAYMAIL/Azneal Ishak.

SHAH ALAM – Umno didakwa langsung tidak mempedulikan masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan anak bangsa.

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan menegaskan pentadbir hari ini tidak boleh mengambil contoh akhlak pembangkang itu.

“Umno memang kita tahu mempertahankan pemimpin yang rasuah dan tidak berfikir langsung mengenai tadbir urus yang baik.

“Mereka tidak peduli nasib anak bangsa di masa hadapan sekiranya PTPTN tidak diurus dengan baik. Kita tak boleh ambil akhlak buruk itu,” katanya dalam catatan Facebook, hari ini.

Katanya, Umno mementingkan permainan sentimen mereka berjaya meskipun tepaksa mengorbankan anak bangsa.

“Mereka tak peduli pun sama ada PTPTN berjaya atau gagal dan tutup. Mereka tak peduli pun sama ada PTPTN boleh terus membantu anak bangsa melanjutkan pengajian atau tidak.

“Bagi mereka, asalkan permainan sentimen mereka berjaya, mereka gembira walaupun anak bangsa akan rugi,” katanya.

Katanya, kerajaan hari ini perlu memastikan PTPTN terus mampu memberi pinjaman kepada yang memerlukan.

“Tanggungjawab kita ialah memastikan PTPTN terus mampu memberi pinjaman kepada mereka yang memerlukan. Bukan gagal dan tutup seperti yang mereka mahu.

“Maka kita mesti amalkan sikap bertanggungjawab dan jangan sekali-kali amalkan perangai buruk Umno yang mempermain-mainkan tanggungjawab kewangan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply