Umno, PAS akhirnya meterai Piagam Muafakat Nasional

Umno dan PAS akhirnya memeterai piagam kerjasama, yang dinamakan Piagam Muafakat Nasional, di Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putran (PWTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Ia selepas presiden kedua-dua parti, Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang, menyampaikan ucapan masing-masing.

Di depan lebih 1,000 perwakilan dua parti itu, piagam tersebut dibaca bersama oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Pada masa sama 5,000 lagi memenuhi kawasan luar Dewan Merdeka di ibu pejabat Umno itu.

Annuar dilihat sebak dan hampir menitiskan air mata ketika membaca piagam tersebut, yang antara lain menggariskan matlamat kerjasama – atau taawun siyasi – dua parti terbesar orang Melayu itu.

Piagam tersebut kemudian ditandatangani Zahid dan Hadi, sambil diiringi lagu Teman Sejati dendangan kumpulan nasyid Brothers.

Pemeteraian itu disaksikan pemimpin utama kedua-dua parti. Ia kemudian disambut laungan takbir oleh hadirin.

Loading...

Leave a Reply