Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Politik

UMNO gesa kerajaan layan penjawat awam pro BN dengan adil

PETALING JAYA ― Penjawat awam yang menyokong kerajaan dahulu mesti dihormati, dilayan secara adil dan bukan sebaliknya.

Unit komunikasi strategik Umno berkata penjawat awam perlu diberi “kebebasan berpihak” dengan menyokong siapa yang mereka mahu, lapor The Star.

“Kami menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menghormati hak-hak ini dan melayan perkhidmatan awam mereka secara adil,” katanya dalam kenyataan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kesetiaan penjawat awam yang berkempen untuk BN pada pilihan raya, 9 Mei.

Mentri Besar Negri Sembilan Aminuddin Harun pada Ahad pula bertegas akan mengenal pasti pegawai kerajaan menyokong BN semasa pilihan raya.

Kenyataan unit itu menyatakan, semasa BN mentadbir, mereka tahu ramai penjawat awam yang menyokong pembangkang termasuk dalam tentera.

Namun, mereka tidak dipaksa untuk menyokong parti pemerintah atau tidak menjadikan mereka mangsa kerana pendirian politik.

Leave a Reply

Theme by Anders Norén