UMNO 2018: ‘Undurlah Zahid, beri laluan kepada Ku Li untuk jadi Presiden’

0
4538

KUALA LUMPUR: Calon Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diminta memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi Presiden UMNO tanpa perlu bertanding bagi membina semula parti tersebut.

Calon Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata Zahid perlu berjiwa besar dan menyokong kepimpinan baharu untuk memulihkan semula UMNO.

“Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sudah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tertinggi parti. Itu satu pengorbanan yang besar dibuat dan menfokuskan untuk mengembalikan UMNO Johor di mana tempat lahirnya parti keramat UMNO.

“Saya dan ramai lagi mahukan Tengku Razaleigh sebagai Presiden UMNO. Berilah laluan kepada Ku Li untuk mengalas tanggungjawap ini demi parti UMNO dan bukan untuk kepentingan mana mana individu,” katanya.

Tengku Razaleigh Hamzah

Tambah Wan Muhammad Azri, Tengku Razaleigh wajar diangkat sebagai Presiden UMNO pada waktu ini tanpa perlu ada pertandingan.

“Pilihlah perjuangan untuk parti UMNO bukan untuk kepentingan peribadi. Rakyat khususnya orang Melayu masih memerlukan UMNO dan dengan pemilihan Tengku Razaleigh sebagai Presiden UMNO, ia akan memberikan keyakinan kepada rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang untuk memilih UMNO,” katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here