Portal berita terbaik anda

Utama

UM tidak berhak tahan ijazah Wong Yan Ke – Timb Menteri DAP

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) tidak berhak untuk menahan transkrip ijazah Wong Yan Ke walaupun selepas graduan itu berkelakuan biadap semasa hari majlis konvokesyennya, Isnin lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching secara peribadi tidak bersetuju dengan tindakan UM jika pihak itu berbuat demikian.

“Saya secara peribadi tidak bersetuju (dengan tindakan tersebut),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Kembali Ke Sekolah di sini hari ini.

Tambah Nie Ching, Kementerian Pelajaran sedang berusaha supaya kedua-dua pihak iaitu Yan Ke dan UM boleh berbincang bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Bagi menyelesaikan isu ini, kami mahu kedua-dua pihak untuk berbincang dan bukannya berlawan-lawan. Kami dalam proses untuk melakukannya,” katanya lagi.

Yan Ke yang ketika ini disiasat di bawah Seksyen 504, Kanun Keseksaan selepas satu laporan polis dibuat oleh UM kerana membawa plakad dengan tulisan “Tolak Rasis dan Undur VC” selain menjerit ini “Tanah Malaysia” ketika berada di pentas untuk menerima ijazah di upacara Hari Konvokesyen UM.

Loading...

Leave a Reply