Cempedak Cheese

Portal berita terbaik anda

Utama

Ulama Uighur gesa pemimpin Islam ambil tindakan tegas terhadap China

Penindasan terhadap umat Islam Uighur di Xinjiang terus mendapat perhatian media seluruh dunia apabila satu persatu pendedahan mengenainya terbongkar.

Masyarakat Uighur merayu kepada dunia agar membantu mereka melepaskan diri daripada cengkaman China dan bebas mempraktikkan ajaran Islam.

Ini kerana, mereka sudah tidak tahan lagi menerima pembagai bentuk penyiksaan saban hari.

Sehubungan dengan itu, sekumpulan ulama dari Uighur dari beberapa persatuan telah merakam satu video bagi menyampaikan pesanan mereka kepada pemimpin-pemimpin dunia supaya bertindak tegas terhadap negar Komunis itu.

Menyifatkan ia sebagai kezaliman paling teruk, mereka memohon pertolongan supaya para pemimpin Islam khususnya untuk membantu mereka menentang penindasan yang berlaku terhadap etnik Uighur dengan seadilnya.

Tidak mustahil, dengan kebangkitan para pemimpin dunia dapat menghentikan segala kezaliman dan penindasan yang kini sedang dirasai oleh etnik Uighur.

Loading...

Leave a Reply

Theme by Anders Norén