Ulama Indonesia, Habib Ali Abdurrahman Assegaf meninggal dunia

Selepas beberapa hari pemergian Shekh Ali Jaber, umat Islam dikejutkan dengan pemergian seorang lagi pendakwah terkenal Indonesia, Habib Ali Abdurrahman Assegaf, hari ini.

Berita kematian beliau dimaklumakan Ustaz Yusuf Mansur menerusi akaun Instagram @yusufmansurnew, sebentar tadi.

“Yaa Allah Yaa Rabb. Habib Ali bin Abdurrahman Assegaf, wafat. Innaa lillaah… Yaa Allah. Yaa Allah. Yaa Allah…” katanya yang tidak memaklumkan punca kematian Allahyarham.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Purwakarta, Jawa Barat selepas waktu Asar, petang tadi.

Habib Ali Abdurrahman Assegaf diketahui merupakan salah seorang guru kepada Habib Rizieq Shihab dan juga pemimpin majlis taklim Al-Afaf, Tebet, Jakarta Selatan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *