Portal berita terbaik anda

Politik

Ucapan pertama Mustapa selepas masuk PPBM

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengucapkan terima kasih kepada pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menerima kemasukannya di dalam parti itu.

“Terima kasih Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan ini menyokong langkah-langkah Dr Mahathir dan kerajaan Malaysia, usaha ini amat penting, melestari dan membantu di samping memberi manfaat kepada segenap rakyat Malaysia,” ujarnya.

Pada 18 September lepas, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana berasakan hala tuju diambil UMNO pada masa ini tidak lagi selari dengan prinsip politik yang menjadi pegangannya selama ini.

Tindakan Mustapa akan membolehkan Bersatu memiliki 14 ahli Parlimen berbanding 13 orang sebelum ini.

Selain itu, Mustapa juga menjadi bekas pemimpin UMNO pertama bertaraf ahli Parlimen menyertai Bersatu.

Dalam pada itu kata Dr Mahathir, persidangan kedua Bersatu akan diadakan pada 28 sehingga 30 Disember ini.

Jelasnya, mesyuarat turut membincangkan isu penambahbaikan dalam keahlian parti selain menyelesaikan dengan mudah mana-mana individu yang mahu menjadi ahli.

Loading...

Leave a Reply