Portal berita terbaik anda

Sukan

Ucapan, doa dan air mata ibu buat Safawi ‘mengaum’ di Bukit Jalil

Perlawanan kelayakan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil sememangnya sangat ditunggu-ditunggu oleh penyokong kedua-kedua buah negara.

Dalam perlawanan itu, Harimau Malaya berjaya menunjukkan taringnya apabila ‘membaham’ skuad Garuda dengan kemenangan 2-0 hasil jaringan Safawi Rasid.

Beberapa hari yang lalu, Safawi telah memuat naik sebuah video di Instagram miliknya yang memaparkan ibunya, Selemeh Abu Bakar mengucapkan rasa syukur setelah beliau dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2019.

 

View this post on Instagram

 

Bermakna padaku . Terima kasih Ma dan keluargaku ❤️ #ABK

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

Dengan linangan air mata, Selemeh turut mendoakan agar anaknya dapat melakukan yang terbaik dalam perlawanan-perlawanan yang akan datang.

”Alhamdullillah anak ma dapat anugerah yang terbaik.. ma bersyukur sangat pada Allah.. semoga buat yang terbaik insyaAllah..” kata ibunya.

Sementara itu, rata-rata netizen yang jelas terharu dengan video berkenaan turut tidak dapat menahan sebak.

Sumber: Safawi Rasid

Loading...

Leave a Reply